Malaysia Carbon Market Forum 2025

KUALA LUMPUR 15 Okt– Menteri Perladangan dan Komoditi DAtuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menghadiri Malaysia Carbon Market Forum 2025 anjuran Bursa Malaysia. Sejak pelancaran Bursa Carbon Exchange (BCX) pada 2022, Malaysia membuktikan kepimpinan dalam pasaran karbon sukarela patuh Syariah pertama di dunia.
Krisis iklim adalah realiti hari ini. Pasaran karbon mampu mengurangkan pelepasan, memacu inovasi hijau dan melindungi daya saing eksport negara. Melalui RUUPIN, Dasar Pasaran Karbon Negara serta instrumen FCC & FCO, Malaysia sedang membina laluan peralihan rendah karbon.

