Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2025

KUALA LUMPUR 15 Okt– Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenaan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2025 di Istana Negara, bersempena sambutan Hari ATM ke-92 di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Istiadat ini bagi menghargai jasa, keberanian dan pengorbanan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjadi simbol pengiktirafan tertinggi kepada mereka.

