Salah Tetap Salah, Hukuman Tetap Jalan – Azalina

PUTRAJAYA, 15 Okt — Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah, termasuk kes rogol, tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO menekankan bahawa prinsip keadilan mesti ditegakkan tanpa mengira usia atau latar belakang pelaku.

“Macam saya cakap kelmarin, siapa-siapa yang terlibat dalam perlakuan jenayah termasuk rogol, tetap akan disiasat dan dihukum kalau bersalah. Tak kisahlah umur berapa sekalipun. Salah tetap salah! Jahat tetap jahat! Hukuman tetap jalan!” tegasnya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Azalina turut menegaskan bahawa Kementerian Undang-Undang dan Reformasi Institusi komited memperkukuh sistem perundangan negara agar lebih adil, telus dan melindungi golongan rentan daripada menjadi mangsa.

Dalam hantaran terbabit, Azalina juga meminta pandangan khalayak berkaitan isu terbabit dengan menulis di ruangan komen. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO