Menyantuni Pelajar Sekolah Patriotik UMNO

KUALA LUMPUR 12 Okt–Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama anak-anak muda di Sekolah Patriotik UMNO di sini hari ini. Inisiatif ini merupakan usaha parti bagi melahirkan pemimpin generasi baharu untuk memberi pendedahan politik kepada mereka.
Matlamatnya bukan sekadar perbincangan teori politik tetapi ianya merangkumi pemikiran kritis, kepimpinan strategik dan bagi membuka membuka ruang kepada kepimpinan sedia ada untuk berkongsi pengalaman termasuk kesilapan lampau agar generasi baharu ini dapat belajar serta membuat penambahbaikan kepada parti.

