Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2025/2026

KUALA LUMPUR 9 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menghadiri Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2025/2026 yang disempurnakan oleh Penaung Kempen, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail di Kem Sungai Besi hari ini.
Kempen ini mencerminkan nilai Malaysia MADANI seperti Kesejahteraan, Hormat dan Ihsan yang diterjemahkan melalui keprihatinan rakyat terhadap wira negara yang telah berjuang tanpa mengenal lelah, termasuk mereka yang gugur, cedera dan menanggung kesan perjuangan sepanjang hayat.


