Menyambut Kepulangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla

SEPANG 7 Okt–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa hadir menyambut kepulangan seramai 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 hari ini.
Kerajaan Malaysia menzahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Türkiye atas sokongan, bantuan serta fasilitasi yang amat penting dalam memastikan kepulangan rakyat Malaysia yang terlibat. Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jordan, Mesir, Amerika Syarikat serta negara-negara ASEAN yang mempunyai Kedutaan di Tel Aviv atas kerjasama dan bantuan mereka dalam memastikan keselamatan serta kepulangan warganegara Malaysia.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO