Melawat Kilang Sawit Nak Boustead Plantations Berhad

SANDAKAN 6 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Ladang dan Kilang Sawit Nak Boustead Plantations Berhad (BPlant) Wilayah Sabah, salah satu syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini hari ini.
Lawatan ini memberi peluang untuk melihat dan menilai transformasi operasi BPlant yang kini melaksanakan inovasi pertanian moden seperti penggunaan dron dan mekanisasi ladang bagi meningkatkan kecekapan serta hasil pengeluaran. Kejayaan ini didorong oleh komitmen pegawai dan pekerja yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan syarikat.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO