Sesi Dialog Belanjawan 2026 Negeri Perak

IPOH 30 Sept–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad semasa menghadiri sesi Dialog Belanjawan 2026 Negeri Perak Darul Ridzuan bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ketua Jabatan & Agensi Kerajaan Negeri malam tadi.
Sesi dialog ini penting kerana ia bukan sahaja menjadi ruang untuk kita bertukar pandangan dan memperhalusi cadangan, malah juga sebagai wadah untuk menyatukan aspirasi pelbagai pihak dalam memastikan setiap perancangan yang disusun benar-benar menepati keperluan semasa.

