NADMA Sambut Ulang Tahun Ke-10, Ahmad Zahid Hargai Dedikasi
KUALA LUMPUR, 1 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata sejak ditubuhkan pada 1 Oktober 2015, NADMA telah menjadi tunjang utama dalam menguruskan pelbagai bencana di Malaysia termasuk banjir, tanah runtuh, ribut, jerebu dan pandemik.

“Sepuluh tahun ini bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun semangat ‘Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama’ telah membuktikan bahawa kita mampu berdiri teguh ketika diuji.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga NADMA atas dedikasi dan kecekalan mereka demi keselamatan rakyat,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut mendoakan agar NADMA terus diperkukuh sebagai benteng kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran bencana pada masa depan. – UMNO Online
