Majlis Perasmian 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Johor

JOHOR BAHRU 1 Okt–Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Perasmian 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Johor & Multaqa Ulama’ Darul Takzim Kali Ke-9 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre hari ini. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1925, MAINJ telah membuktikan peranannya sebagai institusi agama yang bukan sahaja menjaga syiar Islam, tetapi juga memperkukuh pentadbiran zakat, wakaf, baitulmal dan pendidikan Islam di Johor. Hasilnya, ribuan asnaf, pelajar, imam, guru serta masyarakat umum mendapat manfaat berterusan.


