Mengadakan Kunjungan Ke Barzan Holdings

DOHA 30 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan kunjungan ke Barzan Holdings, sebuah syarikat milik Kerajaan Qatar yang berpusat di Doha, serta mendengar pembentangan mengenai operasi dan hala tuju strategiknya. Barzan Holdings memainkan peranan penting dalam memperkasa keupayaan Qatar Armed Forces melalui kerjasama dengan pelbagai syarikat dan organisasi pertahanan antarabangsa.


