Perasmian Program TRAS Bengkel Pecutan Akhir SPM Tahun 2025

IPOH 29 Sept–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan Perasmian Program TRAS Bengkel Pecutan Akhir SPM Tahun 2025 anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan pagi tadi.
Seramai 690 pelajar dari 22 sekolah sekitar Negeri Perak hadir mengikuti pelbagai modul intensif bersama penceramah berpengalaman sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

