Perbincangan Dua Hala

NEW YORK 27 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) TYT Antonio Guterres di sini hari ini.
Turut disampaikan surat jemputan daripada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kepada Setiausaha Agung PBB bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober nanti.

