Mengadakan Pertemuan

NEW YORK 27 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri dan Hal Ehwal Eropah Slovenia PYT Tanja Fajon di sela-sela kepadatan jadual Sesi Ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025).
Dalam pertemuan ini, PYT Tanja Fajon telah menyampaikan Surat Niat Slovenia untuk menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

