Lawatan Ke Harvard Kennedy School

MASSACHUSETTS 28 Sept–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi kerajaan Negeri Johor mengadakan lawatan ke Harvard Kennedy School – Center for International Development (CID) di sini hari ini. Perbincangan dengan Harvard juga menjurus kepada kerjasama untuk membangunkan kajian kes (case study) tentang pelaksanaan Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). Kajian ini bakal menjadi rujukan penting dalam menilai reka bentuk institusi, strategi pembangunan bakat, serta keberkesanan pelaksanaannya sebagai model pembangunan serantau.

