Promosi WTD, WTC 2025 dan TMM 2026 di Melaka FM

MELAKA 23 September — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masuk konti dalam segmen “Tok Rauf Masuk Konti” bersama DJ Cikgu Murni di MELAKAfm bagi mempromosikan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 September ini.
