Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Festival of Ideas Putrajaya (FOI) 2025

PUTRAJAYA 22 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Festival of Ideas Putrajaya (FOI) 2025 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras perancangan secara menyeluruh melalui pendekatan Whole of Government agar penganjuran kali ini lebih inklusif, berimpak tinggi dan berupaya mengangkat Malaysia sebagai hab wacana intelektual serta inovasi serantau.

