Kerjasama SWP-KRT Perkukuh Keharmonian Komuniti, Pemberdayaan Wanita

SEPANGGAR, 22 Sept – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) terus memperkukuh jaringan bersama komuniti apabila hadir memeriahkan program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sepanggar yang berlangsung baru-baru ini, di sini.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan, sekali gus menandakan sokongan kepimpinan setempat terhadap usaha mengeratkan hubungan masyarakat.

Pengerusinya, Dr. Masliha Harun berkata, pihaknya menghargai usaha KRT Taman Sepanggar dalam menganjurkan program yang memberi manfaat dari aspek perpaduan dan keterlibatan masyarakat.

“SWP yang diwakili Timbalan Pengerusinya, Dr. Sabrina Mohammad bersama ahli, Dr. Elizabeth Ong yang turut bersama-sama menyertai aktiviti sepanjang program tersebut. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen SWP dalam mendekati pelbagai lapisan komuniti.

“Terima kasih diucapkan kepada KRT Taman Sepanggar atas penganjuran program yang merapatkan lagi hubungan komuniti setempat. Semoga SWP dapat membuat program di KRT seluruh Malaysia.

“Program anjuran KRT Taman Sepanggar itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penduduk setempat, sekali gus mewujudkan suasana mesra, inklusif dan penuh perpaduan,” katanya kepada UMNO Online.

(Kredit gambar: Facebook Sekretariat Wanita Professional)

Dr. Masliha yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia menjelaskan bahawa penglibatan SWP tidak hanya tertumpu dalam sektor profesional semata-mata, malah turut diperluas kepada program yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“Keterlibatan SWP tidak hanya tertumpu kepada sektor profesional semata-mata, sebaliknya turut mendukung inisiatif komuniti yang menjadi teras kepada keharmonian negara.

“SWP yakin inisiatif seumpama ini dapat menjadi jambatan untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti, selain mengangkat peranan wanita sebagai penggerak utama kepada perpaduan dan kesejahteraan negara,” ujarnya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO