Program Skuad Waja Siswa Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 18 Sept–Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merasmikan Program Skuad Waja Siswa Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.
Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini membawa makna besar kerana ia bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyertai inisiatif pencegahan jenayah, tetapi juga memberi peluang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu keselamatan, khususnya yang melibatkan wanita.

