Menyaksikan Pemeteraian Perjanjian

PULAU PINANG 16 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidid bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow telah menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik dalam memperkukuhkan industri perikanan laut dalam negara serta pelancaran produk tuna premium Shinkai Origin di Pulau Pinang.
Saya amat menghargai usaha berani sektor swasta Malaysia yang tampil ke hadapan sebagai peneraju industri perikanan laut dalam serantau. Dengan fasiliti pendaratan tuna sejuk beku -60°C bertaraf EU di Penang Port, Malaysia kini bersedia merebut peluang pasaran tuna global bernilai USD42 bilion, sekali gus memperkukuh agenda Ekonomi Biru dan sekuriti makanan negara.

