Meluangkan Masa Bersama Rakyat Tempatan

GERIK 16 Sept–Setiausaha AGung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa bersama rakyat tempatan di Gerik. Bermula dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid Selarong, briswalk di Tasek Takong, Pengkalan Hulu sambil bersarapan pagi bersama masyarakat tempatan yang sentiasa ramah dan kelihatan mesra.
Kemudian sempat juga memenuhi beberapa undangan perkahwinan, menziarahi penduduk yang uzur, ditimpa musibah serta bertanya khabar mereka di sekitar Kg. Padang Tamat, Kg. Simpang Pulai, Kuak Luar, Kg. Kuak Tengah, Kg. Alai, Kg. Lalang, Plang, Kg. Sira Panas dan Taman Air Suda.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO