Mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkuasa Negeri

PUTRAJAYA 11 Sept–Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Sesi Libat Urus bersama Pihak Berkuasa Negeri bagi membincangkan konsensus cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134], khususnya berkaitan isu tanah di sini hari ini.
Melalui sesi ini, beberapa persetujuan telah dicapai bagi memperkukuh pengurusan tanah dan hak masyarakat Orang Asli, termasuk penambahbaikan peranan agensi berkaitan serta jaminan proses yang lebih adil dan inklusif.
