Kunjungan Hormat Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke Luar Negara

PUTRAJAYA, 11 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara di di sini hari ini. Mewakili Malaysia di pentas antarabangsa adalah amanah yang amat besar. Didoakan agar setiap daripada mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam mengangkat martabat negara dan memperkukuh hubungan baik dengan negara-negara sahabat.

