Menyerahkan Wang Pendahuluan

KUANTAN 10 Sept– Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan wang pendahuluan kepada pelajar Tahun Ketiga Semester 5 di Universiti Yarmouk, Jordan.
Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 10 orang perempuan, jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) telah menerima wang pendahuluan bernilai USD 1,000 seorang sebelum pelajar berangkat ke Jordan bagi sesi Oktober 2025.

