Kunjungan Hormat Pertama Daripada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat pertama daripada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia TYT Ajay Sharma yang dilantik secara rasmi sejak April 2025.
Malaysia dan United Kingdom bukan sekadar mempunyai sejarah yang panjang dalam hubungan diplomatik, malah, menjalin kerjasama erat dalam bidang pertahanan, meliputi aspek ketenteraan dan juga industri pertahanan.


