Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2025

JELEBU 30 Ogos–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai konvoi motosikal Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2025, bermula dari Dataran Majlis Perbandaran Jempol hingga ke Perhentian Bas Simpang Pertang hari ini.
Lebih 450 buah motosikal berkonvoi bersama merentasi 36 kawasan DUN di seluruh Negeri Sembilan – satu perjalanan penuh semangat yang membuktikan bahawa patriotisme tidak pernah pudar, malah terus hidup dengan cara dan gaya tersendiri.

