#ChenderohDiHati: Dua Hari Meriah Di Lima Kampung – Ariff

CHENDEROH, 28 Ogos – Penduduk sekitar Kampung Kubang Halban, Kampung Ribu, Kampung Seri Desa, Kampung Beluru dan Kampung Geliong dijemput hadir memeriahkan Program #ChenderohDiHati yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini (Jumaat & Sabtu).

Program anjuran Pejabat Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (DUN Chenderoh) itu dijadualkan berlangsung selama dua hari dengan pelbagai pengisian bermanfaat serta aktiviti menarik untuk semua peringkat masyarakat.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak DUN Chenderoh, Datuk Mohd Ariff  Abdul Majid, berkata program tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan penduduk setempat.

“Insya-Allah saya sendiri akan bersama warga Chenderoh sepanjang program ini. Ia bukan sekadar ruang untuk kita berkumpul, malah peluang untuk memperkukuh semangat komuniti dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Padang Rengas turut mengajak orang ramai hadir bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan untuk memeriahkan suasana sekali gus menyemarakkan roh komuniti DUN Chenderoh.

“Program ini memberi ruang kepada kita semua untuk sama-sama mengukuhkan lagi semangat komuniti sedia ada dan paling utama tentunya menyemarakkan semangat sedia ada ubtuk manfaat serta kepentingan kita bersama,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79