Geran Tajaan Yayasan Pahang

BENTONG 20 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan geran tajaan Yayasan Pahang kepada 13 Orang Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda di Morocco yang diadakan di Majlis Perbandaran Bentong hari ini.
Anak-anak pelajar ini terdiri daripada kelompok pertama lepasan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dan mendapat penajaan biasiswa sebanyak RM10,000/setahun untuk tempoh 4 tahun pengajian.