Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025

KUALA LUMPUR 19 Ogos–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025 di Lobi Utama Dewan Rakyat, bersama-sama barisan Ahli Parlimen, pegawai serta para pelawat dan anak-anak pelajar yang turut hadir.
68 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaan. Hampir tujuh dekad kita hidup dalam suasana aman, rukun dan damai sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Inilah keindahan yang perlu terus kita pelihara, kerana keharmonian ini adalah kekuatan sebenar negara kita.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO