Ahmad Said Seru Rakyat Untuk Rasional, Jangan Termakan Helah Pas

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Said berharap rakyat untuk rasional dan tidak termakan dengan helah dibawa Pas.

Katanya ia kerana Pas bijak menggunakan kelebihan mereka sebagai kerajaan negeri memanipulasi rakyat terutama menjelang pilihan raya.

“Semasa pilihan raya lepas golongan yang umur 60 tahun ke atas memang penyokong UMNO tapi disebabkan Pas tak bagi dana raya kemudiannya bagi sekaligus.

“Disebabkan itu lima peratus warga emas undi UMNO itu pun disebabkan mereka adalah setia dengan UMNO.

“… yang lain habis lari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Bangunan UMNO Bahagian di sini, hari ini.

Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dalam pada itu berkata meskipun pelbagai agenda rakyat telah dibawa beliau dan bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, namun ia seolah tiada nilai.

Menurutnya lagi ia berbeza dengan pentadbiran Pas ketika ini yang tidak membawa sebarang pembangunan di negeri ini khususnya di Kemaman.

“Masa Datuk Seri Shabery Cheek bertanding (PRU14), beliau adalah menteri ketika itu lawan dengan ustaz sekolah tadika tapi boleh kalah.

“Sedangkan Shabery sudah bantu macam-macam.

“Termasuk saya sebagai bekas Menteri Besar membawa banyak projek, membawa masuk pelabur dan sebagainya sedang Pas tidak bawa apa-apa pembangunan,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79