Ziarah Kasih Mangsa Nahas Kemalangan Bas

SETIU 3 Julai– Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengadakan ziarah kasih dengan mengunjungi mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di kawasan Kuala Besut dan daerah Setiu hari ini.
Beliau menyantuni seramai tujuh (7) orang mangsa iaitu Rohadatul Aisy Mohd Zaki, Aimi Nasuha Che Azmi, Nurrin Najwa Mohd Azmi, Muhammad Zahim Zakri Mokharizam, Nurul Yusrina Yusof, Abdul Wafiy Kamaruddin dan Nur Izzati Md Rajmi.
Turut meluangkan masa menziarahi Nurul Aslina Che’Norizan, bekas pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini menjalani rawatan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79