Karnival Apa Khabar Orang Kita

KUANTAN 27 Jun–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa hadir pada Karnival Apa Khabar Orang Kita Dan Majlis Penyampaian Kecemerlangan Pendidikan Orang Asli 2025 yang diadakan di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Kira-kira 600 orang yang terdiri pelajar Asli cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan keputusan minimum 5A, penerima anugerah kecemerlangan, guru-guru, alumni dan pelajar Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA), Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA), tok batin- tok batin dan pemimpin masyarakat setempat.