Kunjungan Hormat Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

GENEVA, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Kamal Kishore, Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkap Wakil Khas Setiausaha Agung PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana serta Ketua Pejabat UNDRR (United Nations Office for Disaster Risk Reduction), bertempat di International Conference Centre Geneva (CICG).
Pertemuan ini amat penting bagi Malaysia, khususnya dalam usaha kita memperkukuh kerjasama strategik bersama UNDRR dalam mendepani cabaran bencana yang semakin kompleks dan berkait rapat dengan perubahan iklim serta ketahanan komuniti.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79