Pertemuan Dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

PUTRAJAYA 5 Mei–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick di sini hari ini.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan pandangan dikongsi bersama terutamanya hal yang menyentuh mengenai pembangunan usahawan, selaras dengan pelantikan saya sebagai Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan.