Pertemuan Dengan Duta Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Mac–Menteri Pertahanan DAtuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Duta Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia, TYT Dr. Peter Blomeyer di Wisma Pertahanan, hari ini.
Pertemuan ini memberi ruang dan peluang untuk bertukar pandangan berkenaan perkembangan di kedua-dua buah negara, termasuklah mengenai keputusan pilihan raya Republik tersebut baru-baru ini.