Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri Dan Ketua-Ketua Perwakilan Asing

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Istana Negara hari ini.
Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.