Menghadiri Majlis Wacana Qiadah MARA

KUALA LUMPUR 5 Mac–Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Wacana Qiadah MARA di Premiera Hotel, memenuhi jemputan untuk bersama warga MARA – institusi yang menjadi tunjang dalam pembangunan Bumiputera. Turut hadir Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam kesempatan ini, saya telah berkongsi amanat dan menegaskan betapa pentingnya untuk kita semua kembali menghayati asas penubuhan MARA. MARA bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi satu perjuangan.