Menandatangani Memorandum Persefahaman

KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi Penyerahan dan Pengurusan Rumah-Rumah di Bawah Program Residensi Rakyat (PRR) di Negeri Pahang Darul Makmur. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib.  
MoU ini menandakan satu babak baharu dalam usaha menyelesaikan isu perumahan rakyat, khususnya dalam memastikan pengurusan dan penyerahan rumah di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79