Kunjungan Hormat Bertemu Presiden Republik Islam Iran

IRAN 27 Feb — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dr. Masoud Pezeshkian, Presiden Republik Islam Iran. Perbincangan telah tertumpu kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran, isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, terutamanya tentang situasi di Palestin dan Timur Tengah.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79