Bertemu Rakan Sejawat


IRAN 27 Feb — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawat, TYT Seyyed Abbas Araghchi bertempat di Kementerian Luar Negeri Republik Islam Iran. Dalam pertemuan ini, telah dibincangkan usaha pengukuhan kerjasama Malaysia-Iran melibatkan pelbagai sektor, terutamanya dalam politik, keselamatan, perdagangan, pelaburan, perniagaan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79