Pertemuan Bersama PYT Dato’ Astanah Abdul Aziz , Timbalan Setiausaha Agung ASEAN

KUALA LUMPUR 26 Feb — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bersama PYT Dato’ Astanah Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Politik-Keamanan sempena Permukiman ADMM 2025. Perbincangan ini merangkumi pelbagai isu termasuk usaha-usaha terkini ASEAN dalam hal ehwal keselamatan dan pertahanan.