Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI

RANTAU 24 Feb — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menghadiri Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kementerian Luar Negeri serta merasmikan gelanggang futsal Kampung Kanchong di Dewan Mini Kampung Kanchong.Terdapat 12 projek yang telah dilaksanakan di bawah Kementerian Luar Negeri melibatlan tiga agensi pelaksana iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit