JOW Membela Masyarakat Di Sisi Undang-Udang

SABAH, 23 Feb — Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melancarkan program Justice on Wheels (JoW) di Dewan Masyarakat Tawau hari ini. JOW dirangka bagi membawa perkhidmatan guaman secara langsung ke pintu rumah masyarakat sesuai dengan komitmen Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada satu pun Rakyat MADANI tertinggal dalam mendapatkan hak mereka di sisi Undang-undang.