Menziarahi Mantan ADUN Kemasik

KUALA LUMPUR 20 Feb–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Datuk Abu Bakar Ali, mantan ADUN Kemasik yang kini sedang menerima rawatan di ICU akibat serangan jantung dan strok. Beliau masih dalam pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.
Datuk Abu Bakar Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Kor telah berkhidmat sebagai ADUN Kemasik selama lima penggal sejak 1986 dan merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat.