Menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman

EMIRUAH ARAB BERSATU 19 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara CARACAL, sebuah syarikat UAE yang berpangkalan di Abu Dhabi di bawah EDGE Group, dan syarikat tempatan, Ketech Asia pada hari kedua IDEX dan NAVDEX 2025.
CARACAL adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan senjata kecil yang diiktiraf di peringkat dunia.