Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Asian Development Bank

KUALA LUMPUR 17 Feb–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Asian Development Bank (ADB). Sesi ini turut disertai oleh wakil Kementerian dan Agensi berkaitan, di mana kami mengadakan perbincangan yang konstruktif mengenai potensi kerjasama strategik yang boleh diperkukuhkan.
Perbincangan tertumpu kepada tiga aspek utama, iaitu Kepengerusian ASEAN, peranan sektor swasta dan pembangunan pengetahuan. Selain itu, saya turut menekankan komitmen Malaysia dalam memperkasakan bidang TVET, memperluas jaringan pengangkutan serantau, serta memperkukuhkan integrasi ekonomi dengan negara jiran.