Lawatan Kerja Ke Negeri Pahang Darul Makmur.

KUANTAN 10 Feb – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili Kerajaan Negeri Pahang menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam rangka lawatan kerja ke Negeri Pahang Darul Makmur.