Kesepaduan Kunci Kemenangan

SEBERANG JAYA 2 Februari — Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri pertemuan bersama Ketua UMNO Bahagian-bahagian Pulau Pinang dan menegaskan satu perkara utama – kesepaduan adalah kunci kepada kemenangan.
UMNO mesti terus teguh dalam menghadapi setiap cabaran , perlu bangkit sebagai satu kesatuan yang padu, menegakkan disiplin, dan mempertahankan maruah perjuangan.