Menyaksikan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman

AUSTRALIA 29 Jan–Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat AGK Dairy Fresh Sdn Bhd dengan Syarikat Austrex Co bagi menjalin kerjasama strategik pembangunan industri daging bernilai tinggi khususnya daging wagyu di Pahang. Austrex Co terlibat dalam pembekalan ternakan lembu baka wagyu fullblood dan F1 melalui Syarikat AGK Dairy Fresh Sdn Bhd yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pahang sebagai syarikat peneraju bagi Projek Wagyu Pahang pada tahun 2023 di Bukit Kajang, Raub.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit