Mengangkat Sumpah Jawatan Sebagai Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (tengah) bersama Senator Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar (kanan) dan Senator Datuk Rosni Sohar (kiri) selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Foto–BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa 20 Disember lalu hari ini.
Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Bangunan Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi tempoh sepenggal, berkuat kuasa hari ini.
Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Bangunan Parlimen hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit